Masalah ekonomi Dialog Antarabangsa Langkawi

  • Kredit mikro kepada golongan miskin secara terancang dan dipantau dari semasa ke semasa dapat meningkatkan keupayaan dan keyakinan dan tidak lagi rasa rendah diri.
  • Pihak swasta bukanlah musuh. Sebaliknya swasta hendaklah dijemput sebagai penasihat kewangan, rakan kongsi dan rakan untung bersama. Setiap institusi kewangan, agensi kerajaan dan masyarakat awam hendaklah celik kewangan. Jika tidak , akan berlaku ketirisan , penyelewengan dan salah urus tadbir.
  • Kurangkan karenah birokrasi dan cakap tidak serupa bikin. Sebaliknya lebihkan tindakan daripada janji kerana rakyat semakin bijak menilai kerajaan yang telus dan utuh.
  • Bank Negara Malaysia mencadangkan penubuhan panel Penasihat Kewangan (FIA) di kalangan negara Afrika bagi mengurangkan kemiskinan di Afrika. Panel ini mengandungi direktori ,maklumat konfrehensif dan pakar ekonomi mikro dan ekonomi makro.
  • Sehingga kini, penyertaan kumpulan berpendapatan rendah dalam perancangan ekonomi hanya 20 % di Afrika dan 30 % di Asia. Pengalaman kredit mikro di Bangladesh, Indonesia dan India hendaklah dimanfaatkan. 22 juta dari 25 juta penduduk Malaysia telah mempunyai akaun simpanan di bank. 16 juta telah memperolehi pinjaman mikro dan makro.
  • Kejayaan Bank Grameen dari Bangladesh hingga di iktiraf oleh PBB hendaklah dicerna dan diterapkan. Penduduk miskin tidak mampu meminjam kerana tidak ada cagaran seperti tanah. Mereka yang miskin akan terus miskin jika dibiarkan berdikari. Selama ini Perbankan konvensional gagal memberi kredit mikro sehingga mereka terdedah kepada orang tengah yang lintah darat.
  • Ketika ini 1.1 bilion rakyat dalam kemiskinan tegar iaitu menerima pendapatan kurang AS$2 sehari.